Melihat dunia dari mata yang berbeza

Alangkah indahnya hidup ini sekiranya apa yang kita inginkan, kita dapat. Tapi apa yang kita selalu dapat adalah sebenarnya apa yang kita perlu. Oh! Aku terlupa dengan hidup ini. Sudah lama aku lalai dengan dunia ini yang saban hari kini aku kian (insha Allah) sedar akan perlunya aku kembali kepada aku yang asal. Aku sudah jauh tersasar. Semua perancangan aku yang aku bina semasa di tingkatan 1 hanya bertahan sehingga umurku 25 tahun.

Hidupku selalu dibelenggu masalah yang mana aku kira ini adalah salah satu ujian dariNya dan aku seringkali ingin berhenti menghadapi sistem dunia ini yang membuatkan manusia terutamanya aku alpa dengan kehidupan di sana… Apa yang menjadi bekalan aku ke sana?

Dahulu, aku melihat dunia dengan mata yang berbeza. Di dalam setiap malamku, aku dapat melihat ilusi yang aku kira itu adalah lumrah hidup sebagai pelajar yang sibuk menelaah pelajaran. Kini, aku merindui mimpi itu. Di dalam setiap pengiraan, aku dapat melihat nombor-nombor itu seakan-akan tergantung di udara yang membolehkan aku mencongak kiraan itu dengan pantas. Kini, aku merindui saat itu.

kekuatan-supernormal (more…)